Welcome

Jumat, 25 September 2015

Perang dingin Antara Uni Soviet dan Amerika Serikat

Posted by Ohatsu Takaeda On 08.52 0 komentar

Perang Dingin ialah persaingan terbuka yang bermula selepas Perang Dunia Kedua antara Amerika Serikat dan sekutunya dengan Kesatuan Soviet dan sekutunya. Pergeseran ini dikenali sebagai Perang Dingin kerana ia tidak seperti Perang dunia 1 dan 2 yang menggunakan pertempuran bersenjata secara langsung antara kuasa besar (perang "panas") secara besar-besaran. Perang Dingin dijalankan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi sepenuhnya antara 1947 sehingga kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Istilah ini dipopularkan oleh pembiaya dan penasihat politik AS Bernard Baruch pada April 1947 semasa perdebatan mengenai Doktrin Truman.
 Satu ciri utama Perang Dingin adalah perlombaan senjata antara Kesatuan Soviet dan NATO, terutamanya Amerika Syarikat tetapi termasuk juga United Kingdom (Inggris), France (Perancis), West Germany (Jerman Barat), dan beberapa negara Eropa. Perlombaan ini yang berlaku dalam berbagai bidang teknologi dan ketenteraan menghasilkan banyak penemuan saintik. Kemajuan revolusioner terutamanya adalah dalam bidang roket yang mendorong perlombaan angkasa. (Kebanyakan atau kesemua roket yang digunakan untuk melancarkan manusia dan satelit ke angkasa lepas dan untuk sampai ke bulan berasal daripada reka bentuk ketenteraan.)

Bidang-bidang lain dalam perlombaan senjata termasuk:


-artileri biasa

-Grenade Launcher roket serta senjata anti Tank yang lain
-Jet troppers
 -kapal selam dan anti-kapal selam
 -kenderaan berperisai 
 -meriam anti pesawat
 -balistik antara benua 
 - pelancaran kapal selam
 -Pesawat pengebom
 -pesawat pengintip
 -satelit pengintip
 -senapan
 -senjata biologi
 -senjata kimia
 -senjata nuklir
 -teknologi Peluru berpandu anti balistik

0 komentar:

Posting Komentar